Garis masa pembentukan kesultanan Kesultanan_Ngayogyakarta_Hadiningrat

  • 1584 - Ki Ageng Pemanahan mangkat dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Kotagede. Sultan Pajang Adiwijaya kemudian melantik Sutawijaya, putera Ki Ageng Pemanahan, sebagai penguasa baru di Mataram. Kerana rumahnya terletak di sebelah utara pasar, Sutawijaya juga digelar "Ngabehi Loring Pasar". Bagaimanapun berbeza dengan ayahnya, Sutawijaya tidak hendak tunduk kepada Sultan Pajang Adiwijaya. Beliau ingin memiliki daerah kekuasaan sendiri, bahkan berhasrat menjadi raja di seluruh Pulau Jawa.
  • 1588 - Sutawijaya menjadi sultan Kerajaan Mataram. Baginda digelar "Senapati Ingalaga Sayidin Panatagama" yang membawa pengertian Panglima Perang dan Ulama Pengatur Kehidupan Beragama. Sebagai dalih kewajaran kekuasaannya, Senapati berpendirian bahawa Mataram mewarisi tradisi Kesultanan Pajang yang bererti bahawa Mataram berkewajiban melanjutkan tradisi penguasaan ke atas seluruh wilayah Pulau Jawa.
  • 1645 - 1677 - Selepas kemangkatan Sultan Agung, kerajaan Mataram mengalami kemerosotan yang luar biasa. Kemerosotan ini pada dasarnya diakibatkan oleh pertikaian dan perpecahan dalam keluarga Kerajaan Mataram sendiri yang dimanfaatkan oleh Syarikat Hindia Timur Belanda.